Namun bagi Farid Ahmad, 59, walaupun berdepan dengan dugaan kehilangan insan tersayang, dia bersedia untuk memaafkan penyerang bersenjata itu.

“Saya akan katakan padanya (pengganas) bahawa saya kasihkan dia sebagai seorang insan,” katanya.

Ditanya sama ada akan memaafkan suspek pengganas berusia 28 tahun itu, jelas Farid: “Sudah tentu, perkara terbaik adalah memaafkan, kemurahan hati, kasih sayang dan penyayang serta positif.”

Semalam, Brenton Tarrant dihadapkan ke Mahkamah Daerah Christchurch atas tuduhan membunuh.

Dalam kejadian kelmarin, 50 terbunuh manakala berpuluh-puluh yang lain cedera dalam serangan di dua buah masjid di sini.

Ketika kejadian Husna dilihat cuba membantu beberapa orang melarikan diri dari dewan solat kanak-kanak dan wanita.

“Dia menjerit supaya orang lain melarikan diri ke tempat yang selamat. Kemudian dia kembali ke masjid mencari saya kerana saya berkerusi roda. Ketika dia tiba di pintu masuk, dia ditembak,” jelasnya.

Farid memberitahu, dia terselamat kerana mungkin lelaki bersenjata itu menyasarkan serangan kepada orang lain. – AFP