Sky News melaporkan, pasa-ngan polis dari India itu, Dinesh dan Tarakeshwari Rathod kini disiasat oleh pihak berkuasa Nepal berhubung perkara tersebut.

Kedua-duanya yang berpangkat konstabel di Maharashtra dituduh menggunakan gambar pendaki lain yang diubah seperti wajah mereka untuk mendapatkan sijil rasmi selaku pendaki gunung tersebut.

Seorang lelaki telah menye-rahkan sekeping gambar yang didakwa sebagai gambar asal dengan latar belakang yang sama, namun telah diubahsuai menjadi gambar pasangan berke-naan.

Walaupun dakwaan tersebut tidak melibatkan perbuatan jenayah, kerajaan Nepal tetap menganggap perbuatan itu me-langgar syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil.

Selain membatalkan sijil pasangan terbabit, mereka juga sedang menimbang kemungkinan melarang pasangan itu daripada mendaki gunung tersebut selama 10 tahun.

Ketua Pelancongan Nepal, Sudarshan Prasad Dhakal berkata, jabatannya telah menghubungi penganjur ekspedisi serta pegawai yang bertugas di kem pangkalan Everest sebelum mengesahkan sijil yang dimiliki oleh pasangan berkenaan.

“Dalam usaha untuk memberikan sijil kepada pendaki Eve-rest, kami akan melihat gambar mereka berada di puncak gunung terlebih dahulu.

“Jika ada seseorang yang memalsukan gambar itu, maka sukar untuk kami menentukan bahawa mereka telah berada di puncak,” katanya.

Sekurang-kurangnya lapan orang pendaki telah membuat aduan mengenai tindakan pasangan polis itu setakat ini.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum balas berhubung isu tersebut.