Tertuduh, Lim Choon Hong, 48, dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu dan didenda S$10,000 (RM31,607) manakala isterinya, Chong Sui Foon, 48, pula dipenjara selama tiga bulan.

Mengikut fakta kes, pasangan tersebut didakwa membiarkan pembantu rumah mereka yang juga warga Filipina iaitu Thelma Oyasan Gawidan kelaparan selama 15 bulan antara tahun 2013 dan 2014.

Ekoran itu, berat badan mangsa dilaporkan turun mendadak daripada 49 kilogram (kg) kepada 29kg sahaja. - AFP