Lapor Tribun-Video.com, Ketua Kepolisan Resor Barru, Burhaman memberitahu kejadian tersebut dilakukan Abdul Arham, 47 kepada isterinya, Umrah, 35, dikatakan sudah tidak tinggal serumah yang dalam proses perceraian.

Katanya, berdasarkan soal siasat terhadap suspek, motifnya kerana sakit hati pada isteri yang menggugut cerai.

“Bagaimanapun suspek itu berjaya ditangkap di Mukim Pankkukang, Kota Makassar pada Selasa lalu.

“Setelah seminggu kita memburu supek, akhirnya berjaya mengesan dan terus menghantar pasukan untuk menangkap dia,” katanya kepada pemberita semalam.

Sekitar 80 peratus tubuh mangsa mengalami kesan luka terbakar.

Tambahnya, suspek kemudian telah dibawa ke Hospital Bhayangkara Makassar untuk rawatan. - AGENSI