Rangkaian pasar raya Countdown mengesahkan penemuan tersebut dan memaklumkan telah menarik balik penjualan buah berkenaan yang dijual di sebuah pasar raya di Auckland.

Strawberi dari Western Australia itu mula dijual di rangkaian pasar raya di seluruh negara pada minggu lalu namun hanya satu insiden penemuan jarum itu dilaporkan.

Pihak berkenaan turut menasihatkan pelanggannya agar memotong terlebih dahulu strawberi dari Australia sebelum memakannya.

Setakat ini tiada laporan kecederaan dan penyakit berlaku di New Zealand. - AFP