Rangkaian kedai kopi terbesar di dunia itu menghadapi saingan da­ri­pada rangkaian kedai kopi mewah dan rangkaian kedai maka­nan segera berharga murah seperti McDonald Corp dan Dunkin’ Donuts.

Syarikat itu gagal mencapai jangkaan jualan bagi kedai yang sama di AS dalam tempoh suku kelima dan keenam.

Pihak syarikat juga menjangka­kan pertumbuhan kedai baharu yang lebih rendah di AS bagi tahun fiskal 2019 dan akan mengubah segera pendekatan berdasarkan pilihan pengguna.

Syarikat itu akan memperkenalkan minuman sejuk seperti jus mang­ga dan buah naga dan me­numpukan peningkatan gaya kehidupan dan kesihatan yang le­bih sihat.

Pengerusi Eksekutif yang juga pengasas bersama Starbucks, Howard Schultz pada awal bulan ini memaklumkan akan meletak jawatan bermula 26 Jun ini.

Pada April lalu, beliau bekerjasama dengan Ketua Eksekutif, Kevin Johnson untuk mengurangkan kerosakan terhadap imej syarikat selepas isu perkauman yang menyebabkan dua lelaki berkulit hitam ditahan di kafe milik mereka di Phila­delphia.

Starbucks menjangkakan, jualan di kedai-kedai miliknya di seluruh dunia akan me­ningkat sebanyak satu peratus dalam tempoh suku ketiga iaitu di bawah tiga peratus jangkaan pe­ningkatan oleh para analisis, lapor Thomson Re­u­ters. – Reuters