Aktor berusia 71 tahun itu dilaporkan me­ninggal dunia akibat penyakit kanser prostat yang dihidapinya berdasarkan gambar yang disiarkan menunjukkan kepalanya yang hampir botak.

“Tolong abaikan kebodohan ini. Saya masih hidup, sihat dan bahagia,’’ kata Stallone melalui Twitter.

Menurut aktor itu gambar yang ditularkan itu dipercayai diambil daripada salah satu filem lakonannya.

Adik Stallone, Frank turut menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.

“Khabar angin me­n­yatakan abang saya telah meninggal dunia adalah palsu.”

“Saya tidak faham pemikiran orang yang sebegini sanggup me­n­yebarkan cerita ini. Orang seperti ini mempunyai penyakit mental tidak boleh berada dalam masyarakat,” kata Frank, 67, menerusi Twitter, yang dipetik oleh portal Fox News.

Akhbar Metro semalam me­laporkan sejak minggu lalu mesej tentang kematian Stallone telah tular dalam media sosial dengan dakwaan aktor itu meninggal dunia akibat penyakit berkenaan.

Namun ini bukan kali pertama berita tentang kematian aktor itu tular malah sejak 2016 berita sedemikian telah dimuat naik dalam media sosial sehingga memaksa Stallone memuat naik gambar dia bersama-sama pe­ninju Rusia, Sergey Kovalev dalam Instagram.