“Tindakan tersebut dianggap bermusuhan dengan monarki berperlembagaan,” kata kenyataan itu.

Parti Thai Raksa Chart pada Jumaat lalu mengumumkan kakak sulung kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn akan merebut sebagai calon utama jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya yang akan diadakan pada 24 Mac ini.

Kelmarin, SPR membatalkan pencalonan Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi selepas Raja Thailand menegur tidak wajar ahli kerabat diraja terlibat dalam politik. -AFP