Jurucakapnya, Laura Silber berkata, proses pemindahan aset ke dalam akaun Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF) itu sudah dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Tabung Dermawan Kebangsaan AS, ketika ini, OSF merupakan yayasan kedua terkaya di Amerika Syarikat selepas Yayasan Bill & Melinda Gates, yang mempunyai dana pembiayaan melebihi AS$40 bilion (RM168.80 bilion).

Soros, pelabur kelahiran Hungary yang terkenal dengan langkah pelaburan kewangan berisiko merupakan pengerusi OSF, manakala tiga anaknya pula adalah ahli lembaga pengarah yayasan berkenaan. - AFP