Sejak berlaku insiden rogol pada 16 Disember lalu itu, seramai antara 10 dan 15 anggota polis berpakaian biasa mengawasi jalan-jalan di sekitar daerah Thane, yang bersempadan dengan Mumbai.

Selain bagi melindungi penduduk daripada gangguan seksual, anggota polis itu juga bertindak mendenda pasangan tidak berkahwin yang keluar lewat malam.

"Pasangan tidak berkahwin dan wanita yang duduk bersendirian di kawasan terpencil atau di sudut taman sehingga lewat tengah malam akan diingatkan agar tidak mengunjungi tempat itu lagi," kata pegawai polis, Ramakant Mahire. - AFP