Menteri dan ketua keselamatan makanan dari seluruh EU dijangka bermesyuarat 26 September ini dalam usaha mengelak negara-negara daripada terus menyalahkan satu sama lain berhubung skandal tersebut.

Jutaan biji telur telahpun dikeluarkan daripada rak pasar raya di seluruh Eropah dengan berpuluh-puluh ladang ternakan ditutup sejak penemuan bahan kimia fipronil yang boleh menjejaskan kesihatan manusia didedahkan kepada awam pada 1 Ogos lalu. - AFP