Penyanyi berusia 30 tahun itu juga mengumumkan persaraan serta-merta daripada dunia hiburan berikutan rakaman yang dibuat tanpa kebenaran pasangannya.

“Saya mengakui kesemua jenayah dilakukan.

“Saya merakam video wanita tanpa kebenaran dan berkongsikan di dalam ‘chatroom’ dengan tidak merasakan rasa bersalah,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Menurut siaran tempatan SBS, Joon-young salah seorang daripada tiga artis lelaki dalam kumpulan ‘chatroom’ yang mana ahlinya berkongsi rakaman rahsia seksual sekurang-kurangnya 10 wanita.

Pada Isnin lalu, penyanyi kumpulan Bigbang, Seungri yang juga ahli ‘chatroom’ sama mengumumkan persaraan daripada dunia hiburan berikutan siasatan jenayah seks untuk pelaburan. - AFP