The Straits Times melaporkan, pelantikan Nirmala Sitharaman menjadikan beliau sebagai wanita pertama memegang jawatan itu ketika India dilihat berdepan masalah ketegangan sempadan dengan China dan Pakistan.

Selain melantik Sitharaman, Modi turut menggugurkan Suresh Prabhu sebagai Menteri Pengangkutan India, tidak sampai seminggu selepas Prabhu ditawarkan untuk meletak jawatan susulan insiden tren yang meragut 10 nyawa Ogos lalu. - AGENSI