Siri terbaharu itu merupakan prekuel kepada Rogue One: A Star Wars Story yang ditayangkan pada 2016.

Menurut Ketua Eksekutif Dis­ney, Bob Iger, prekuel ber­kenaan akan menampilkan Diego Luna sebagai watak utama.

Tambahnya, siri terbabit ba­kal memulakan penggambaran pada tahun hadapan.

Siri tersebut akan memaparkan pengembaraan misi watak perisik Cassian Andor yang dilakonkan oleh Diego dalam usaha untuk menghapuskan cengkaman Empire.

Luna dalam satu kenyataan berkata, format bersiri itu akan memberi peluang untuk ‘me­neroka watak berkenaan de­ngan lebih dalam’.

Tarikh tayangan siri tersebut bagaimanapun masih belum di­umumkan.

Ujar Iger, Disney juga me­rangka satu siri terbaharu berdasarkan watak penjahat terkemuka Marvel iaitu Loki. – REUTERS