Langkah itu berikutan pengenalan yuran perkahwinan baharu untuk rakyat Singapura serta warga asing oleh pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM) di sini mulai 1 Julai ini.

Channel News Asia melaporkan, warga asing di sini antara yang paling terkesan apabila yuran itu dijangka dinaikkan hampir tiga kali ganda daripada yuran asal iaitu daripada S$128 (RM396) kepada S$380 (RM1,174).

Sementara itu, mana-mana pasangan yang salah seorang daripada mereka merupakan penduduk tetap atau rakyat Singapura juga dijangka berdepan masalah yang sama apabila yuran perkahwinan mereka dinaikkan kepada S$42 (RM130) berbanding S$26 (RM80) sebelum ini.