Memetik seorang jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT), The Straits Times dilaporkan berkata  bahawa kementerian berkenaan sedia maklum dengan langkah Malaysia untuk menamatkan tol motosikal di Linkedua itu mulai 1 Januari.

"Sekiranya Malaysia mengurang atau membatalkan bayaran tol motosikal di Linkedua itu, Singapura akan menyesuaikan kadar tol yang dikaji semula oleh Malaysia," demikian jurucakap itu dipetik sebagai berkata.

Menurut MOT dasar sekian lama Singapura adalah menyesuaikan kadar tol dengan Malaysia.

"Ini mencerminkan ciri perkongsian Linkedua," kata jurucakap kementerian berkenaan.

Ketika Belanjawan 2019 dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat lepas, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa tol untuk motosikal di Linkedua, Johor akan dimansuhkan mulai 1 Jan, 2019.

Pengarah Jabatan Imigresen  Johor, Datuk Rohaizi Bahari berkata, purata 40,000 penunggang  motosikal mengguna Linkedua setiap hari.

Pasa masa sekarang, penunggang motosikal membayar tol RM1.10 di laluan Linkedua Malaysia.-Bernama