Channel News Asia melaporkan, Kementerian Luar Singapura (MFA) dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa tuntutan sempadan maritim boleh dibuat mengikut undang-undang antarabangsa.

“Selaras dengan prosedur yang ada, tanpa perlunya kapal-kapal saling berhadapan satu sama lain.

“Malaysia perlu bertanggungjawab sekiranya situasi luar jangka timbul di lapangan daripada penghantaran kapal-kapal ke kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu isu maritim itu akan dibincangkan bersama namun tiada keputusan bagi mengeluarkan kapal mereka dari perairan Singapura.

Walau bagaimanapun katanya, Singapura menyeru Malaysia mengambil semua langkah-langkah efektif agar tidak memperbesarkan situasi di lapangan disamping menanganinya secara tenang serta aman.

“Singapura juga menyambut baik perjanjian kerajaan Malaysia untuk pertemuan rasmi pada minggu kedua Januari 2019 dalam bertukar pandangan menyelesaikan isu had Pelabuhan Johor Bahru.

“Singapura berharap dapat berkerjasama dengan Malaysia mencari penyelesaian secara persahabatan mengikut undang-undang antarabangsa dan dalam semangat memelihara hubungan bilateral penting kita,” ujarnya. - AGENSI