Future Flight Consortium yang dianggotai oleh 13 orang telah dipilih oleh pihak berkuasa penerbangan serta Kementerian Pengangkutan untuk membangunkan program dron terbabit.

Dron tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah penghantaran sampel darah, menghantar bekalan perubatan kecemasan dan bertindak terhadap insiden keselamatan di seluruh negara.

Selain itu, dron berkenaan akan beroperasi menerusi alat kawalan jauh dan dikawal oleh juruterbang di pusat operasi.

Konsortium terbabit diberikan tempoh selama dua tahun untuk membangunkan sistem itu dan mereka mahu menjalankan ujian keselamatan yang ketat. - AFP