Pegawai-pegawai terlibat membuat pemeriksaan di kawasan perumahan di pinggir bandar di mana kebanyakan kes terbabit dilaporkan untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebarkan virus berkenaan.

Pemilik rumah berdepan denda sehingga S$5,000 (RM14,842.40) jika kediaman mereka didapati menjadi tempat pembiakan nya­muk.

“Sebelum ini saya fikir Zika hanya berlaku di negara lain tetapi kini sudah mula tersebar di kawasan kediaman saya. Keadaan ini amat menakutkan,” ujar seorang pendu­duk di kawasan terjejas di Aljunied Crescent, Josephine Kwan.

Kes pertama virus Zika di Si­nga­pura dikesan Mei lalu melibatkan seorang lelaki yang melancong ke Sao Paulo, Brazil, namun semua kes terbaharu melibatkan jangkitan tempatan.

Negara jiran turut mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit itu merebak.

Taiwan dilapor mengeluarkan nasihat kepada rakyatnya yang melawat Singapura selain mengin­gatkan wanita mengandung serta mereka yang merancang untuk hamil agar menangguhkan perja­lanan ke semua negara yang dikesan mempunyai serangan virus Zika.

Malaysia, Indonesia dan Filipi­na turut mengesahkan pegawai kesihatan akan membuat pemantauan ketibaan dari Singapura yang dikunjungi oleh 15 juta orang pada tahun lalu.

Semalam, Kementerian Kesiha­tan mengesahkan berlaku 41 jangkitan tempatan kes Zika de­ngan 34 daripadanya telah sembuh se­penuhnya sementara tujuh lagi ma­sih dirawat di Hospi­tal Tan Tock Seng.

Media tempatan hari ini mela­porkan, 15 lagi kes baharu disyaki jangkitan virus Zika dikesan di republik ini.Kesemua mereka termasuk pekerja asing, sedang menjalani ujian lanjut di Pusat Penya­kit Berjangkit. – AFP