Bantahan itu adalah rentitan siri pertelingkahan antara Malaysia dan Singapura berhubung kawasan di Selat Singapura, satu daripada laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, pihaknya telah meminta Malaysia untuk menarik semula cadangan untuk meluaskan pelabuhan sebagai mencerminkan kedaulatan Singapura berhubung perairan sementara Malaysia mempertahankan diri daripada mengambil sebarang tindakan lanjut sebelah pihak.

“Kami bimbang dengan tindakan Malaysia untuk untuk memperlusakan had pelabuhan selatan negara itu,” katanya dalam kenyataan id sini hari ini.

Kementerian Singapura itu turut mendakwa, kapal Malaysia turut melakukan pencerobohan ke dalam perairan wilayah republik itu sejak dua minggu lalu di luar pantai Tuas, terletak di barat negaranya. -REUTERS