Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee berkata, kerajaan tidak tidak menyokong pembentukkan unit keluarga dengan anak dengan ibu bapa homoseksual menerusi proses anak angkat.

“Berhubung keputusan mahkamah itu, kementerian bakal mengkaji dan memperketat undang-undang dan amalan mengambil anak angkat selaras dengan polisi awam,” katanya di sini hari ini.

Gay berkenaan yang mengetahui tidak boleh mengambil anak angkat di Singapura telah membayar $200,000 (RM605,00) kepada seorang ibu tumpang di Amerika Syarikat.

PAda 2017, mahkamah menolak permohonan seorang lelaki homoseksual menjadikan anak lelakinya sebagai anak angkat secara sah namun mahkamah tinggi pada DIsember lalu, membatalkan keputusan tersebut setelah mengambil kira kebajikan kanak-kanak tersebut. -REUTERS