Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Silap umum pemenang Oscar sangat memalukan

LOS ANGELES 28 Feb. – Aktres terkenal, Emma Stone melahirkan rasa kecewa dan terkejut selepas insiden salah umum nama pemenang dalam majlis gilang gemilang Anugerah Academy atau Oscar kelmarin.

Emma Stone kecewa dan terkejut selepas insiden salah umum nama pemenang dalam acara gilang gemilang
Emma Stone kecewa dan terkejut selepas insiden salah umum nama pemenang dalam acara gilang gemilang

Daily Mail melaporkan, aktor veteran, Warren Beatty dan Faye Dunaway yang ditugaskan untuk menyampaikan anugerah itu dikatakan telah diberikan sampul surat yang salah.

Nama yang tertera dalam sampul pemenang filem terbaik adalah La La Land dan pelakon wanita terbaik adalah Stone.

Selepas selang beberapa minit, pengacara memohon maaf dan membetulkan kesilapan tersebut dengan mengatakan filem Moonlight merupakan filem terbaik dan bukannya La La Land seperti yang diumumkan.

Ketika itu kesemua kru La La Land sedang mula memberi ucapan dan meraikan kejayaan mereka dengan mendapat tepukan gemuruh penonton.

Menurut Stone, insi­den itu merupakan an­ta­ra yang paling memalukan pernah terjadi ke atasnya.

“Wow. Perasaan ketika itu sangat teruk. Sangat memalukan,” tegasnya.

La La Land bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih kemenangan dalam tujuh kategori termasuk pengarahnya, Damian Cha­zel­le yang diangkat sebagai Pengarah Terbaik.

Bintang utama La La Land, Stone sendiri membawa pulang Oscar pertama buat dirinya apabila diumumkan pemenang kategori Aktres Terbaik.

Pihak penganjur juga secara rasmi telah memohon maaf kerana kesilapan teknikal be­ri­kutan tertukar beg berisi sampul pemenang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain