ICC telah dimaklumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Filipina secara rasmi telah mengemukakan notis menarik diri daripada mahkamah terbabit pada 17 Mac lalu.

Namun, proses itu mengambil masa selama setahun untuk berkuatkuasa.

“Pengunduran tidak memberi sebarang kesan terhadap sebarang prosiding yang sedang berjalan atau kes dikendalikan oleh mahkamah sebelum tarikh penarikan diri berkuatkuasa,” menurut ICC dalam kenyataan dikeluarkan. - REUTERS