Pengarah komunikasi Pen­ce, Jared Agen berkata, Naib Pre­siden itu melantik Richard Cullen daripada firma guaman McGuire Woods bagi membantu beliau dalam memberi maklum balas terhadap siasatan oleh Penasihat Khas, Robert Mueller yang dilantik Jabatan Kehakiman.

Sebelum ini, media AS melaporkan Trump telah disiasat oleh Mueller tentang kemungkinan menghalang proses keadilan.

“Pence sedang memberi tum­­puan sepenuhnya kepada tugas-tugas beliau dan mempromosikan agenda Presiden serta berharap siasatan itu dapat diselesaikan secepat mungkin,” kata Agen.

Seorang pegawai pentadbi­ran berkata, pengumuman Pence itu dibuat beberapa ming­gu selepas perbincangan yang melibatkan beberapa calon dan pelantikan itu tidak akan melibatkan penggunaan duit rakyat.

Keputusan muktamad untuk mengupah Cullen dibuat awal minggu ini.

Cullen berpengalaman da­lam perbicaraan siasatan skandal Iran-Contra, Watergate dan kiraan semula undi di Florida pada tahun 2000.

Beliau juga merupakan bekas pendakwa raya bagi Daerah Timur Virginia.

Pence membuat lantikan itu selepas Trump melantik seorang penasihat Marc Kaso­witz yang membayangkan sia­satan itu sedang memasuki fasa baharu.– AFP