Portal BBC melaporkan, Shaub dijangka melepaskan jawatan yang dipegangnya itu pada 19 Julai ini.

“Bekerja dengan pentadbiran ketika ini, jelas kepada saya bahawa kita memerlukan beberapa penambahbaikan terhadap program-program etika sedia,” ujarnya.

White House dalam kenyataan balas sempena peletakan jawatan Shaub pula memberitahu mereka menghargai jasa yang dicurahkan peguam terbabit.

“Presiden (Trump) akan menamakan pengganti beliau tidak lama lagi,” kata kenyataan tersebut.

Shaub yang dilantik untuk jawatan itu selama satu penggal (tempoh lima tahun) bermula 2013 sepatutnya menamatkan perkhidmatannya kira-kira enam bulan lagi.

Ketika ini, beliau dijangka menyertai Campaign Legal Center iaitu sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyokong undang-undang kewangan kempen sebagai pengarah kanan etika di situ.

Difahamkan, ketegangan yang tercetus antara Shaub dengan Trump telah bermula sejak wakil Parti Republikan itu dilantik sebagai Presiden AS lagi susulan rancangan Trump mewariskan empayar perniagaan kepada anak lelakinya.