Beliau dilaporkan meninggal dunia pada pukul 5.20 petang ini di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani setelah dimasukkan ke hospital berkenaan kerana pe­nyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Berita kematian aktor itu di­sahkan oleh Pengarah Eksekutif hospital tersebut, Dr. Ram Narain melalui mesej kepada agensi be­rita IANS.

Sepupu aktor berkenaan yang juga pelakon terkenal Bollywood, Randhi Kapoor berkata, akibat penyakit tersebut Shashi terpaksa menggunakan kerusi roda dan menjalani dialisis.

Shashi memulakan kariernya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem arahan bapanya, Prithviraj Kapoor dan mula ter­kenal pada tahun 70-an menerusi filem Deewar, Satyam Shivam Sundaram dan Junoon.

Beliau merupakan ahli keluarga dinasti Kapoor yang telah menguasai industri filem di Bollywood sejak berdekad-dekad lalu.

Shashi juga telah memenangi pelbagai anugerah dan anugerah paling berprestij dari kerajaan India pada 2011, Padma Bushan selain turut membintangi beberapa filem keluaran Britain dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkahwin dengan aktres Britain, Jennifer Kendal dan mempunyai seorang anak perempuan, Sanjana. – AGENSI