Strategi itu pada mulanya dilakukan sempena promosi 
Hari Wanita Antarabangsa 
pada 8 Mac lalu, namun 
kini ditawarkan sepanjang 
tahun.

Jika kita melalui galeri pusat beli-belah di bandar seperti Hebei atau Foshan, kita pasti akan ternampak lelaki muda dan segak dipaparkan di dalam bingkai gergasi seperti boneka.

Lelaki muda yang digelar ‘shopping boyfriends’ itu boleh disewa mengikut jam oleh pembeli wanita yang kesepian dan ingin berteman. Kadar sewa bermula 0.62 sen (AS$0.15) sejam sehingga RM1.24 (AS$0.30) sejam. Lelaki itu turut menerima gaji daripada pusat beli-belah yang menggunakan khidmat mereka.

Teman lelaki yang disewa bukan sahaja menemani wanita membeli-belah tetapi juga boleh dibawa bersembang, memberi nasihat, membawa beg, bergambar dan menemani mereka makan serta minum.

Kontrak mereka bagaimanapun melarang hubungan fizikal. Jadi, sesiapapun tidak boleh mengharapkan lebih daripada apa yang ditawarkan.

Kebanyakan lelaki yang disewa itu adalah pelajar universiti. – ODDITYCENTRAL