Menurut Ketua Biro Perlindung­an Kebakaran Kawasan, Wilfredo Tiu berkata, kejadian itu bermula pada petang semalam dan hanya berjaya dipadamkan pagi ini.

Mangsa kebakaran tinggal di khemah sementara selepas kebakaran
Mangsa kebakaran tinggal di khemah sementara selepas kebakaran memusnahkan rumah yang mereka duduki.  REUTERS

Tambah Tiu, kebakaran itu memusnahkan 1,200 rumah setinggan di kawasan berkenaan.

Beliau menambah, tujuh penduduk yang tercedera dalam kejadian tersebut apabila cuba menyelamatkan barangan peribadi.

Sementara itu, para penyiasat masih meneliti punca kebakaran tersebut namun mengesyaki pendawaian elektrik menjadi penyebab kepada insiden berkenaan. – dpa