Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) dalam satu kenyataan berkata, saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai burung dan penyu menemui serpihan berkenaan terdampar di Farq­har, salah sebuah pulau yang membentuk negara tropika di Lautan Hindi.

Menurutnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

“SCAA sudah berhubung dengan pihak berkuasa di Malaysia, mereka berminat dan kumpulan yang kami jangka dapat bekerjasama rapat,” jelas kenyataan itu.

Pegawai kanan SCAA yang enggan dikenali berkata, arah arus laut menunjukkan kemungkinan serpihan itu ber­asal dari lokasi lain berikutan laporan kepingan pesawat berkenaan turut ditemui di beberapa buah negara di Lautan Hindi.

Sementara itu Jurucakap Agensi Pentadbir Kepulauan Seychelles, Michael Payet mengesahkan, serpihan terbesar daripada kedua-dua objek itu adalah sepanjang 120 sentimeter dan 30 sentimeter lebar.

Serpihan berkenaan dipercayai diperbuat daripada aluminium dan gentian karbon.

“Ia mungkin sebahagian da­ripada penutup enjin,” katanya.

Beberapa serpihan pesawat dipercayai milik pesawat penumpang Boeing 777 ditemui selepas lebih tiga tahun usaha pencarian dijalankan bagi me­rungkai misteri kehilangannya sebaik berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. – REUTERS