BBC yang memtik agensi berita Yonhap melaporkan, Min-ki sebelum ini didakwa mencabul dan merogol lapan pelajar di Universiti Cheongju.

Beliau pada mulanya menafikan kesemua dakwaan tersebut namun pada 27 Februari lalu, Min-ki mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada semua mangsa.

“Semuanya adalah salah saya. Saya memohon maaf kepada semua mangsa atas kesengsaraan yang saya cetuskan,” katanya dalam kenyataan tersebut. - AGENSI