Tahun lalu di Nice, Paris ketika sambutan Hari Bastille kemudian pasar Krismas di Berlin.

Di London pula, sasaran utama bangunan Parlimen di Westminster serta London Bridge serta Finsbury Park, rata-ratanya menggunakan kereta dan van sebagai senjata utama selain suspek berpura-pura memakai bahan letupan pada badan.

Walaupun serangan keganasan lebih tertumpu di negara seperti Paris kini Sepanyol juga menjadi sasaran.

Polis percaya kejadian itu merupakan sebahagian daripada siri serangan terancang dan suspek utama bernama Moussa Oukabir yang memandu van ber­kenaan disahkan antara lima suspek mati ditembak.

Mangsa yang cedera dan maut berasal dari 24 negara terma­suk Perancis, Jerman, Pakistan dan Filipina malah media Sepanyol turut melaporkan sebilangan kanak-kanak turut terbunuh. Tidak lama selepas insiden berkenaan, Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ngeri di bandar raya Barcelona.

Ancaman keganasan oleh kumpulan militan di Eropah adalah se­rius dan benar, negara-negara Eropah memandang berat ancaman keganasan oleh kumpulan militan, selepas berlaku beberapa serangan pengganas di beberapa negara Eropah.

Penduduk Eropah juga me­lahirkan rasa kurang senang dan bimbang dengan kebanjiran pela­rian dari negara bergolak ter­utamanya Syria, Iraq dan Afgha­nistan ke benua tersebut selepas mengetahui seorang daripada tujuh penyerang di Paris menyamar sebagai pelarian untuk menyusup masuk ke Perancis.

Banyak negara yang pada awalnya bersetuju untuk memberi perlin­dungan kepada beratus-ratus ribu pelarian, mula mempertimbangkan pilihan tersebut ekoran desakan rakyat yang tidak mahu negara mereka dicemari dengan insiden keganasan yang dibawa masuk oleh kumpulan pengganas yang berselindung di sebalik status pelarian.

Hungary, Slovenia dan Poland antara negara yang mengambil beberapa langkah mengekang kemasukan pelarian termasuk mengehadkan jumlah pengambilan, me­ngetatkan kawalan sempadan, dan menghalang pelarian daripada me­masuki negara mereka.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada tahun lepas lebih 800,000 pelarian tiba di Eropah tahun ini untuk mendapatkan perlindu­ngan, dan sebahagian besar daripadanya merupakan rakyat Syria yang melarikan diri daripada konflik peperangan.

Syria merupakan kubu kuat kumpulan pengganas Daesh selepas menguasai sebahagian besar wilayah di utara negara itu yang dilanda konflik peperangan saudara sejak 2011 antara kerajaan pimpinan Presiden, Bashar al-Assad dan kumpulan penentang.

Kebiasaannya pengganas Daesh menjadikan Iraq, Syria, Lebanon dan Mesir sebagai sasaran utama, tetapi sasaran kumpulan itu semakin be­sar apabila menjadikan negara Eropah sebagai mangsa keganasan.

Strategi pengganas Daesh me­nyamar sebagai pelarian Syria secara tidak langsung memberi imej buruk kepada masyarakat Islam di benua terbabit sekali gus mencetuskan semula sentimen Islamfobia sejak serangan di ibu pejabat majalah mingguan, Charlie Hebdo pada 7 Januari lalu dan serangan 11 September 2001 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York yang didalangi pengganas al-Qaeda.

Malah kebimbangan terhadap aktiviti keganasan semakin ketara apabila negara-negara Eropah terutamanya Perancis, Belgium dan Britain meningkatkan tahap ke­selamatan ke peringkat tertinggi selain mensasarkan penduduk Is­lam sebagai suspek yang terlibat dalam gerakan pelampau dan militan.

Sentimen tersebut membuka peluang kepada kumpulan radikal anti-Islam terutamanya di Jerman dan Perancis untuk me­nyalahkan masyarakat Islam sebagai punca penyebaran ideologi radikal di Eropah menyebabkan walaupun kefahaman yang disebarkan pengganas Daesh ditolak mentah-mentah oleh penduduk Islam di seluruh dunia.

Hari ini, akibat serangan bertopengkan agama, umat Islam di dunia menerima tamparan paling hebat apabila dikecam sebagai agama yang merekrut pengganas, lebih-lebih lagi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump seolah-olah menghasut rakyat AS membenci Islam dengan mela­rang mereka ke negara itu.

Pihak berkuasa British memberi amaran, perkembangan itu menunjukkan petanda peningkatan perasaan takut terhadap Islam di Eropah atau Islamofobia.

Pengganas juga mula memberi fokus utama kerana dipercayai mahu negara maju me­rasa lemah, yang selama ini merasakan mereka tempat paling selamat di muka bumi tetapi kini terpaksa bersusah pa­yah melindungi rakyat mereka.

Menurut pihak berkuasa Britain, sekiranya strategi keselamatan ti­­dak terus dipertingkat, rakyat di negara itu akan mula hilang keya­kinan terhadap kerajaan berikutan serangan pengganas yang semakin meningkat dan membimbangkan.