Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah ini akan dikenalpasti dan dibawa ke muka pengadilan secepatnya.

Kerajaan Malaysia juga merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Islam Pakistan dan keluarga mangsa yang terlibat.

Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi akan terus memantau situasi ini.-BERNAMA