Demikian jelas Datuk Bandar Christchurh, Lianne Dalziel merujuk kepada insiden tembakan rambang oleh individu tidak dikenali berhampiran sebuah masjid di Deans Ave dekat sini.

Menurutnya, semua bangunan awam termasuk galeri seni, perpustakaan dan majlis perbandaran ditutup sebagai langkah keselamatan.

Beliau menasihatkan orang ramai mengikuti penetapan keselamatan oleh pihak polis.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Islam Marlborough, Zayd Blissett memberitahu, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui Pertubuhan Islam Persekutuan New Zealand (FIANZ) mengatakan serangan berlaku ketika solat Jumaat.

"Saya sangat sedih dan menangis. Ini New Zealand dan tidak sepatutnya berlaku seperti ini," tegasnya.

Terdahulu, seorang lelaki bersenjata diburu oleh pihak polis New Zealand selepas dia didapati menyerang sebuah masjid di Christchurch hari ini.

Lapor BBC memetik beberapa saksi sebagai berkata, serangan di Masjid Al Noor itu mengakibatkan beberapa orang mengalami kecederaan.

Beberapa portal media melaporkan serangan mengakibatkan kematian.