Menteri Kesihatan Oly Ilunga Kalenga mengesahkan satu kes di Mbandaka, sebuah bandar yang mempunyai jutaan penduduk kira-kira 130 kilometer dari kawasan pertama kes pertama disahkan awal bulan ini.

BBC melaporkan, 42 orang telah dijangkiti selain 23 lagi disahkan telah meninggal dunia.