Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku malam Jumaat waktu tempatan itu, lebih daripada 200 orang dipercayai mengalami kecederaan dengan 80 daripadanya cedera parah selepas beberapa lokasi sekitar bandar raya diserang oleh kumpulan militan.

Laporan dari Paris menyatakan lebih 120 orang terbunuh dalam serangan bom dan senjata api di dewan konsert Bataclan, restoran-restoran di pusat bandar dan berhampiran Stade de France. - AP