Bagaimanapun pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya mematahkan cubaan serangan itu yang turut jemaah umrah serta Jeddah.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Jeneral Mansour al-Turki berkata, sasaran pertama di kawasan Al-Asilah manakala kawasan kedua di Ajyad Al-Masafi yang terletak kira-kira 400 meter daripada pintu utama Masjidilharam.

Katanya, pengebom bunuh diri yang merancang serangan itu bagaimanapun meletupkan bom pada badannya apabila pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah di sini.

Sekurang-kurangnya 11 orang cedera, antaranya enam ekspatriat dan lima anggota polis apabila bangunan tiga tingkat yang menjadi tempat persembunyian lelaki itu runtuh.

AFP melaporkan, kejadian itu berlaku ketika berjuta-juta jemaah umrah sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat zuhur.

Terdahulu, anggota keselamatan dan suspek berbalas-balas tembakan sebelum lelaki terbabit meletupkan diri.

Hasil serbuan di lokasi berkenaan, pihak pasukan keselamatan berjaya menahan lima orang termasuk seorang wanita.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terhadap kejadian itu dan identiti pengebom bunuh diri terbabit.

Kementerian Dalam Negeri juga mengesahkan rangkaian kumpulan pengganas berkenaan mahu mengganggu keselamatan di Masjidilharam.

Dalam pada itu, kejadian tersebut tidak menjejaskan jemaah umrah yang meneruskan ibadah masing-masing termasuk menunaikan solat tarawih dalam suasana tenang di Masjidilharam.

Menurut sumber, awal pagi semalam pasukan keselamatan menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Al-Asilah yang kemudian membawa mereka ke lokasi di Ajyad Al-Masafi, di belakang Hotel Al-Safwa.

Sumber memberitahu, cubaan serangan berkenaan membabitkan tiga kumpulan pengganas dengan satu daripadanya beroperasi di Jeddah manakala dua lagi di Mekah.

Sementara itu, pihak perisikan berjaya menahan seorang pengganas di sebuah stesen minyak di selatan Jeddah dan kemudian menyerbu rumahnya serta menemukan senjata api dan bom.

Agensi Perisikan Pusat (CIA) menegaskan serangan berkenaan ‘menampakkan’ kemunculan pengganas secara besar-besaran. – AGENSI