Jurucakap Kementerian Kesihatan Awam, Wahid Majroh berkata, 19 mayat telah dihantar ke hospital-hospital di bandar ini dan enam daripadanya disahkan warga asing.

Walau bagaimanapun, seorang pegawai kanan Afghanistan yang enggan dikenali berkata, jumlah kematian melebihi 30 orang dan dijangka bertambah.

Mangsa yang terkorban termasuklah kakitangan dan penginap hotel selain anggota keselamatan yang bertempur dengan penyerang.

Menteri Luar Ukraine, Pavlo Klimkin menerusi Twitter memaklumkan, enam rakyatnya terbunuh dalam kejadian tersebut. - Reuters