Perkara itu ditegaskan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Kenyataan terbabit yang di­siarkan oleh agensi berita SPA sebagai berkata, pengganas yang merancang serangan tersebut bertujuan untuk menggugat kestabilan Arab Saudi.

Tambah kenyataan itu, pasukan keselamatan Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap tiga kawasan persembunyian kumpulan peng­­ganas di Mekah dan Jeddah.

Selain itu, para penyiasat juga cuba mengenal pasti identiti suspek serangan.

Dalam perkembangan ber­kaitan, koresponden Al-Arabiya memaklumkan, serangan itu tidak menjejaskan para jemaah untuk beribadah termasuk mengerjakan solat sunat ta­rawih di Masjidilharam malam semalam.