Menurut laporan BBC.com, anting-anting tersebut dihiasi dengan permata sebesar 16 karat setiap satu yang digelar sebagai Apollo dan Artemis.

Permata berkenaan dilombong di Afrika Selatan dan mempunyai padanan warna berbeza iaitu Artemis berwarna merah jambu manakala Apollo adalah biru.

Ketua pelelong Sotheby, David Bennet berkata, permata berwarna amat jarang ditemukan.

“Setiap satu permata sangat menarik dan jarang dijumpai tetapi apabila diletakkan bersama, sememangnya nampak menakjubkan,” kata Bennet.

Anting-anting berkenaan dibeli oleh seorang pembeli yang enggan didedahkan identitinya.

Apollo dan Artemis berbeza dari segi nilai harga iaitu Apollo dijual pada harga AS$42.5 juta (RM183 juta) manakala Artemis AS$15.5 juta (RM66 juta).

Warna biru terang tulen yang terdapat pada Apollo adalah amat jarang ditemuikan dan oleh sebab itu, nilainya lebih tinggi berbanding Artemis.