Suspek tersebut, Mohamed Houli Chemla, 21, memberitahu kepada mahkamah bahawa kumpulan berkenaan merancang untuk melakukan serangan yang lebih besar dengan mesasarkan monumen-monumen penting di Barcelona.

Sehubungan itu, pasukan keselamatan bertindak melakukan lebih banyak serbuan bagi mencari mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan kumpulan suspek.

Dalam pada itu, kuasa antarabangsa seperti Perancis turut memandang serius mengenai kegiatan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut dan dijangka mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Sepanyol, hari ini.

Berdasarkan dokumen mahkamah, pihak berkuasa sebelum ini menemukan sekurang-kurangnya 500 liter bahan kimia aseton, sejumlah paku, bahan peledak dan tong gas kanister di sebuah rumah di pekan 
Alcanar. – AFP