Jurucakap Kementerian Pertahanan mengesahkan laporan radio Cadena Ser yang menyebut kerajaan baharu Sepanyol merancang untuk memulangkan sejumlah 9.2 juta Euro (RM44 juta) wang yang telah dibayar oleh Arab Saudi.

Bayaran itu dibuat untuk pembelian senjata itu di bawah perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan terdahulu.

Jurucakap berkenaan enggan mengulas lanjut namun pengumuman itu dibuat selepas serangan udara tentera pakatan Arab Saudi di Yemen pada bulan lalu yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang awam termasuk seramai 40 kanak-kanak terkorban. - AFP