Perkara itu dinyatakan oleh Presiden AS itu menerusi akaun Twitternya semalam.

“Saya membenarkan Korea Selatan dan Jepun untuk mening­katkan pembelian peralatan ketenteraan dari AS,” tulisnya.

Trump membuat kenyataan itu selepas Korea Utara melancarkan ujian bom hidrogen yang boleh dipasang pada peluru berpandu jarak jauh pada Ahad lalu.

Ujian itu mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia ter­utamanya di negara-negara kuasa veto.

Bagaimanapun, Trump tidak menjelaskan jenis-jenis peralatan ketenteraan yang boleh dibeli oleh kedua-dua negara berkenaan.

White House menerusi satu kenyataan pula memaklumkan bahawa Trump bakal meluluskan pembelian peralatan ketenteraan yang bernilai berbilion dolar untuk Seoul.

White House juga mengesahkan pengumuman yang dibuat oleh Seoul sebelum ini mengenai keputusan AS untuk menetapkan had muatan peluru berpandunya.

Berdasarkan perjanjian dua hala yang ditandatangani antara AS dan Seoul pada 2001, negara itu dibenarkan membawa muatan seberat 500 kilogram pada peluru berpandu balistiknya. – AFP