Polis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk meleraikan ribuan pekerja kilang pakaian yang membuat demonstrasi di beberapa daerah terpencil di sini.

Sementara itu, 10,000 penunjuk perasaan pula dilaporkan menyekat laluan lebuh raya utama di beberapa kawasan luar bandar perindustrian Savar selama beberapa jam.

Demonstrasi mega yang kini memasuki hari keempat itu berlaku akibat rasa tidak puas pekerja kilang pakaian terhadap pemberian gaji yang dianggap terlalu rendah.-AFP