Kejadian berlaku beberapa jam selepas penyanyi popular, Bruno Mars mengadakan persembahan pada festival muzik besar-besaran yang dihadiri ribuan peminatnya selain berakhirnya festival yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Van tersebut meninggalkan kawasan kejadian selepas melanggar keempat-empat pejalan kaki itu dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini waktu tempatan (10 pagi ini waktu Malaysia).

Menurut kenyataan polis, pihaknya sedang memburu van putih berkenaan dengan bantuan helikopter.

Festival Pinkpop telah diadakan sejak 1970 dan pada tahun ini selain Bruno Mars beberapa penyanyi lain turut memeriahkan festival berkenaan antaranya, kumpulan Pearl Jam, Foo Fighters, Snow Patrol dan Noel Gallagher. - AFP

habis.