Menurut polis, letupan berlaku di hadapan sebuah restoran dan siasatan sedang dijalankan.

Setakat ini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

Ketua Polis wilayah itu, Noel Kinazo berkata, seorang terbunuh manakala seramai 34 cedera, seorang daripadanya parah.

Kejadian itu berlaku sebulan selepas letupan bom dalam sebuah van yang berhenti di pusat pemeriksaan tentera di pulau Basilan yang mengorbankan 11 orang termasuk empat orang awam. - Reuters