Peningkatan ketegangan itu berlaku ketika waktu sensitif menjelang pilihan raya umum Israel, 9 April ini dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dipercayai mahu mengelak perang keempat di Genting Gaza sejak 2008.

Sebanyak dua penduduk Pa­lestin dilaporkan cedera di Gaza ketika tiada penduduk Israel ce­dera dalam insiden berbalas serangan itu.

Bunyi letupan dapat didengar sepanjang malam di Gaza dengan serangan melibatkan kawasan sejauh 40 kilometer.

Tentera rejim Zionis dalam satu kenyataan berkata, pihak­nya turut menyasarkan kompleks pejabat yang dipercayai digunakan oleh Hamas untuk menyela­raskan pergerakkan kumpulan terbabit di Tebing Barat.

“Jet pejuang dan helikopter tempur Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyerang kira-kira 100 sasaran pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza.

“Turut diserang adalah lokasi utama pembuatan roket bawah tanah di wilayah itu,” kata kenya­taan itu, hari ini.

Sumber keselamatan di Gaza memberithau, puluhan serangan tersebut menyasarkan pangkalan Hamas dan sekutunya, Jihad Islam di Gaza.

Menurut sumber itu, lebih 40 lokasi disasarkan dengan kira-kira 100 serangan dilancarkan tentera Israel. – AFP