Namun jurucakap tertinggi kerajaan pada Jumaat lalu berkata yang mereka masih tidak dapat mengesahkan lagi maklumat tersebut.

Tamogami yang kini merupakan seorang pegawai kanan sebuah parti politik baharu di Jepun berkata di dalam laman blognya, pengarah urusan kementerian luar Israel, Nissim Ben Shitrit menyatakan kepadanya pada bulan ini seramai sembilan rakyat Jepun dipercayai menyertai IS.

Beliau turut berkata bahawa pihaknya masih tidak menerima maklumat lengkap mengenai mengenai suspek, selain hanya jumlah warga Jepun yang terlibat sahaja dalam mesyuaratnya bersama Nissim yang juga merupakan bekas duta Israel ke Jepun. - REUTERS