“Penahanan itu dibuat berdasarkan maklumat perisikan ketika menyiasat kehadiran pengganas yang melakukan penyamaran di beberapa kawasan di negeri ini,” kata seorang pegawai polis yang tidak didedahkan identitinya.

Menurut agensi berita Xinhua, polis turut merampas bahan kimia, bahan letupan, telefon bimbit, cakera keras, kad SIM, botol asid dan pisau semasa serbuan dijalankan. - BERNAMA