Susulan penemuan itu juga, seorang lelaki berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Takahiro Shiraishi ditahan selepas mengaku mendalangi perbuatan kejam itu di sini.

Menurut media tempatan, Shiraishi memberitahu polis bahawa dia memenggal kepala semua mangsa berkenaan di dalam bilik air selepas sebilah gergaji ditemukan dalam biliknya.

Walaupun Jepun mendakwa mempunyai kadar jenayah yang rendah, namun, kes jenayah kejam berprofil tinggi bukanlah asing di negara ini.

Awal bulan ini, seorang bapa berusia 32 tahun ditahan selepas disyaki menikam anak perempuannya hingga mati.

Lelaki itu juga dikatakan mengaku telah membakar rumah mereka hingga meragut nyawa isteri serta empat anaknya yang lain. -AFP