Menurut agensi berita SANA, kereta itu meletup di pinggir perkampungan Hader, yang terletak berhampiran dengan sempadan yang memisahkan bahagian dikuasai Syria dan bahagian Golan.

“Seorang penyerang daripada Barisan Al-Nusra meletupkan sebuah kereta di tengah-tengah rumah penduduk di pinggir Hader dan mengorbankan sembilan orang, selain mencederakan sekurang-kurangnya 23 yang lain,” lapor agensi berita berkenaan. - AFP